Wednesday, January 14, 2015

Filled Under:

PANAS !!! Komen Pedas Johan Mengenai Kumpulan Virus Dalam MLM2014


Sebab Johan tidak sertai MLM2014 rasanya ramai sudah tahu. Kalau belum, jom baca disini:JOHAN DEDAH 3 SEBAB TAK SERTAI MAHARAJA LAWAK MEGA 2014. Berbicara mengenai kerjaya, Johan mengakui komitmennya kini sepenuhnya sebagai penyampai ERA...

“Buat masa ini saya nak berehat daripada ambil tawaran lain. Kerja sebagai penyampai radio pun mencabar kerana saya perlu berada di konti awal pagi. Saya hanya ambil tawaran yang tak memerlukan saya menghabiskan banyak masa di luar kerana saya kena ba­nyak berehat,” katanya...

Diusik soalan mengenai pasangannya, Zizan yang kini bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2014 bersama Tauke dan Yus dalam kumpulan Virus, Johan ketawa sambil memberi pendapat peribadi...

Saya lihat Virus belum ada keserasian sehinggalah pada persembahan minggu kesembilan baru ada perubahan. Mereka ada idea dan konsep lawak tapi keserasian belum muncul sepenuhnya. Apapun saya percaya mereka mampu buat yang terbaik dan layak ke pentas akhir,” katanya.
Hmm.. Nampaknya Johan beri sokongan penuh juga tu kepada Zizan dan Virus. Seperti penjelasan Johan dan Zizan sebelum ini, mereka bukan berpecah, tetapi mungkin tak ada rezeki untuk bergandingan pada tahun ini. Apapun, kami pasti ramai yang merindui gandingan mereka kan????




0 comments:

Post a Comment