Friday, January 23, 2015
PELIK !!! JANGAN TERKEJUT Lihat Hidangan Di Majlis Penikahan Di China Ini !!!
Posted By:
Unknown
on 7:33 AM
Sebuah kejadian mengejutkan berlaku di China, dalam sebuah pesta pernikahan yang di sajikan oleh tuan rumah sebagai hidangan istimewa. Para tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan di wilayah Zhejiang, China tiba-tiba menjadi gempar. Ini kerana, pihak penganjur pesta menyajikan hidangan dari buaya. Mereka juga memperlihatkan bagaimana buaya itu di kuliti dan dimasak untuk di jadikan hidangan....
Hampir semua tetamu tergamam dan terkejut melihat menu pada majlis perkahwinan itu. Ramai yang sempat mengabadikan foto hidangan aneh itu. Rakan pengantin lelaki yang bernama Sun Pai yang mengabdikan gambar ini, menjelaskan, jika rakan-rakannya yang tidak percaya adanya hidangan buaya di sebuah pesta pernikahan dan ia ingin membuktikan dengan gambar tersebut....
Gambar tersebut memperlihatkan seekor buaya dengan panjang dua meter. Pada awalnya buaya tersebut masih terikat mulutnya. Sehinggalah buaya malang itu dibunuh kemudian disajikan sebagai hidangan kepada tetamu.... KREDIT DAIRISHARE,,,
Monday, January 19, 2015
Punca Sebenar Alyah Dan Ramli MS Tidak Bertegur Sapa Akhirnya Terbongkar???
Posted By:
Unknown
on 4:09 AM
Susulan pergaduhan pasangan suami isteri, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah berpunca daripada sekeping gambar lama yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Ahad lalu, mereka berada dalam situasi kurang menyenangkan.
Memang tidak faham apabila pergeseran di antara Ramli dan Alyah berpanjangan memandangkan sebagai suami isteri, selalunya apa juga masalah timbul, jalan penyelesaian akan diambil secepat mungkin dengan tujuan memulihkan hubungan.
Sepanjang sesi latihan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), ruangan gossip Cik pang risik-risik juga dengan rakan produksi bagaimana keadaan suami isteri itu. Jelas mereka, Alyah dan Ramli tidak bercakap antara satu sama lain.
Kalau tidak bercakap, bagaimana mereka hendak bekerjasama? Kata teman produksi AJL29, segala urusan berjalan lancar dan masing-masing hanya menumpukan perhatian pada kerja mereka.
Tanpa bercakap antara satu sama lain, Ramli memimpin pemuzik untuk lagu Sesal Separuh Nyawa manakala Alyah menyanyi saja.
Mungkin juga masing-masing masih terkesan dengan banyak perkara berlaku apabila isu sekeping gambar lama berbangkit sehingga Alyah hilang pertimbangan dan melanggar kereta suaminya.
Menurut kenyataan diberi, kejadian Alyah langgar kereta Ramli baru berlaku Rabu lalu, tetapi ada sumber terdekat kepada pengarah muzik itu mengatakan ia berlaku pada malam Ahad lalu apabila isu gambar dimuat naik Alyah menjadi panas.
Menurut akhbar,Cik Pang sendiri tidak berani hendak berkata banyak membabitkan hal yang terjadi antara pasangan suami isteri kerana sebenarnya hanya mereka berdua tahu dan boleh menyelesaikannya.
Apapun, didoakan apa saja masalah dihadapi akan berakhir dengan baik, dan cinta juga ikatan perkahwinan mereka akan terus kukuh
Sumber
Sunday, January 18, 2015
Inikah Punca Sebenar Chef Wan Tak Tengok AJL29?
Posted By:
Unknown
on 11:52 PM
Rugi siapa yang tidak menonton AJL 29 yang berlangsung malam tadi, hari ini menjadi viral kumpulan Mojo yang di anggotai kumpulan Caliph Buskers yang istimewa buat kami.
Apabila Chef Wan bersuara memang ramai yang akan bersetuju dengan pendapatnya. Rasanya semalam ramai yang rasa jelak, ‘annoying’ serta geram apabila nama Qu Puteh selaku penaja utama disebut selang 5 saat.
Kita tidak tahu apa persetujuan yang telah dicapai oleh pihak penyiar dan Qu Puteh, namun bagi Abang Nara, cara promosi yang digunakan terlalu ‘hardsell’ dan membuatkan mereka yang menonton rasa menyampah.
Namun tak boleh salahkan pengasas Qu Puteh iaitu Datuk Vida kerana duitnya yang habis berjuta-juta untuk membuat tajaan sebegini.
Secara jujur, sepatutnya tak perlulah terlalu nampak beria-ria nak promosikan Qu Puteh sehingga menganggu perjalanan AJL29. Kata-kata Chef Wan ini boleh dijadikan pengajaran untuk pihak pemasaran mana-mana stesen TV selepas ini. Tulis Chef Wan:-
I was trying to watch the Juara lagu last night over TV3. After a few minutes i just got so irritated by that Qu Puteh thing that went off my head over and over again that suddenly become a huge turn off that i actually went off to my living room and rest and decided not to watch the show at all.
There this penyakit with Msian TV station trying to hard sell a product on such a prestigious annual event that is completely a turn off that all other world TV station will never do!
Pekak ke atau buta ke kita ni penuntun jika di ajuk kan sekali dua bahan putih itu noy to understand the product to the point the presenters pun nak menyebut dan permainkan benda tu over and over again. So distasteful.How can the branding and marketing dept of MediaP. Allowed such thing to go on?
I remembered years ago i had a big fight with the Nestle Team while doing my Maggi” Hey Good cooking” serie.She the head of Marketing bernama Jenny.
I was asked to mentioned Maggini almost every line saya bercakap..Mketchup tomato..MKrtchup Chili sauce..MKetchup sauce tiram etc…asal tertinggal Maggee kena repeat balik.
After a few show i got irritated and confronted her and her team. Its insane to mentioned so many time the word maggi ni as thought my penuntun di rumah tu Pekak!
Dah la logo Maggi tu sebesar2 yang amat di belakang saya tu.buta kan mata penuntun not to know my cookshow is sponsored by Maggi?
I was told by their marketing people since they paid me to do the job i should just follow what they say!
Wah masa tu darah saya menyirap…dah la atas meja tu mereka susun segala botol sauce..nescafe etc mcm ” GreatWall of China”..u know what i ” f…” all of them in their bloody face pushed all the botol on the floor habis pecah bersepai.Went back home and after that season refused to every cook with any Maggi product on TV ever2 again.biar pun sampai saya mati masuk ke lubang kubur!
That is why after that they took Chef Florence and Chef Ismail as their spokeman. For me Never again!Actually RTM lost alot of nestle revenue to be honest when i decided to walk away!
I hate being abused by people!
Mungkin sudah tiba masa untuk stesen TV berinovasi dengan cara marketing, product placement dan promosi agar tidak nampak terlalu ‘hardsell’ di masa hadapan. Apa pun, nama Qu Puteh memang kini sudah dikenali di seantero Malaysia selepas menjadi penaja Gegarvaganza dan AJL29. Semoga perniagaan Datuk Vida semakin berkembang selepas ini.
Tahniah buat Caliph Buskers yang memenangi hati semua peminat di seluruh Malaysia, kami bangga dengan anda. Walaupun istimewa tetapi Allah bagi kelebihan untuk anda.
sumber
“Saya Bukan Bodoh Mahu Buat Perkara Tak Senonoh”
Posted By:
Unknown
on 11:45 PM
Penyanyi Ainan Tasneem menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak dengan teman lelakinya adalah fitnah yang sengaja direka-reka bertujuan menjatuhkan maruahnya.
Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 23, berkata, biarpun namanya tidak segah penyanyi lain namun dia sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan masyarakat dan pelik apabila dijadikan sasaran pihak tertentu.
“Mungkin nama saya tidak segah selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.
“Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.
Ainan berkata demikian sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia dan kekasihnya berjalan berpimpinan tangan selepas selesai makan di sebuah restoran pada 9 Disember lalu.
Dakwaan daripada seorang pembaca menerusi e-mel itu turut memberitahu pasangan berkenaan tidak segera beredar sejurus memasuki kereta Honda Jazz berwarna biru sebaliknya mendakwa mereka ‘bermesra-mesraan’ hampir 45 minit di dalam kereta berkenaan sebelum beredar.
Ainan bagaimanapun tidak menafikan ada berkunjung ke restoran berkenaan bersama lelaki tersebut pada tarikh berkenaan namun menyangkal dakwaan berdua-duaan dengan teman lelakinya itu di dalam kereta.
“Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.
“Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan ‘bermesra’ pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal,” katanya.
Dalam pada itu, Ainan berkata, dia tidak pasti sama ada dakwaan berkenaan dibuat kerana ada pihak berdendam dengannya kerana tidak mempunyai musuh.
Malah katanya, teman lelakinya itu juga sentiasa mengingatkan mengenai batas pergaulan mereka kerana bimbang akan menjadi perbualan masyarakat.
“Jika benar saya berkelakuan tidak senonoh mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?
“Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah,” jelasnya.
Sementara itu, menjawab tuduhan kononnya mereka bercuti ke Eropah bersama teman lelakinya itu, Ainan berkata, pemergian mereka ke sana bukan berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga lelaki tersebut.
“Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak.
“Pemergian kami ke sana juga bukan rahsia malah ibu bapa saya mengetahui tentang itu,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Ainan berkata dia kini sibuk dengan pengajian semester akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan BioProses.
Jelas Ainan, dia juga bakal merakamkan sebuah single bersama ahli kumpulan Sleeq iaitu Aliff yang akan dilancarkan pada tahun ini.
“Sekarang memang sibuk dengan pengajian dan ingin buat yang terbaik kerana saya berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana selepas ini,” katanya. – mStar Online
4 Gambar Terbaru Ekin,Isteri Mawi Jadi Bahan Kutukan Peminat Di Laman Sosial
Posted By:
Unknown
on 10:21 PM
Di facebook Rotikaya semalam, pedas ngan kritikan panas dari peminat Mawi dan Ekin terhadap penampilan Ekin ketika majlis berbuka puasa. Hidup menjadi artis ini, setiap ceruk orang akan pandang dan mencari kesilapan.
Apapun, anak dorang memang cute kan?
sumber
SERAM!! Misteri Wanita Berkebaya Merah Di Gurun,Kedah
Posted By:
Unknown
on 10:19 PM
sekadar gambar hiasan
Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.
Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu 'berat' dan beliau ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar.
"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.
Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.
En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.
"Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.
"Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.
Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009.
Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu.
HANTU WANITA KEBAYA MERAH NYARIS BAWA MAUT
5 Februari 2009, Sungai Petani - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin. Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.Chan, 51 tahun, kebingungan memikirkan tragedi itu.
Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Mr.Chan dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang. "Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya pun menaikkan cermin tingkap. Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandang saya "
PEMANDU LORI PARAH ELAK WANITA BERKEBAYA MERAH
19 April 2009, Sungai Petani - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.
Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, En.Mohd.Sobri Shaari, 42 tahun dan kelindannya yang dikenali sebagai En.Atan, 37 tahun, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. Menurut En.Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan En.Mohd.Sobri berkaitan dengan lembaga misteri seakan seorang wanita yang pernah ditemuinya di Bagan Ajam.
"Ketika rancak bercerita, En.Mohd.Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan. Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, En.Mohd.Sobri hilang kawalan menyebabkan lori yang dipandunya terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.
p/s: mane orang2 kedah? wujud ke ada cerita wanita berkebaya merah ni?
PANAS!! Inilah Punca Sebenar Scha Alyahya Tinggalkan Anugerah Juara Lagu Ke-29 Secara Mengejut Malam Tadi...
Posted By:
Unknown
on 10:16 PM
Tergamam kami seketika apabila mendapat tahu pengacara popular, Scha-Alyahya meninggalkan Anugerah Juara Lagu (AJL) secara mengejut TIADA SEBAB?
Apa yang berlaku sebenarnya? Bagi kami, Scha amat sesuai untuk mengacarakan pertandingan berprestij itu bergandingan dengan AG. Jadi, kenapa tiba-tiba meninggalkan secara mengejut
Pengacara dan pelakon, Scha Alyahya mengumumkan program 'Anugerah Juara Lagu 29' yang akan berlangsung pada malam ini merupakan penampilan terakhirnya di program terbitan TV3 itu.
Selain itu, Scha juga memberitahu yang dia tidak lagi akan terlibat di dalam program mingguan 'Muzik Muzik' bagi musim baru 2015.
"Saya rasa sudah cukup dua tahun terlibat di dalam program gah seperti AJL dan 'Muzik Muzik'. Banyak yang saya belajar sepanjang mengendalikan program tersebut bersama AG. Tapi, itu tidak bermakna yang saya akan tinggalkan dunia pengacaraan," ujar Scha.
Isteri kepada Awal Ashaari ini turut memberitahu yang dia mahu mencuba mengacara program atau rancangan lain -
sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)