Monday, January 19, 2015
Filled Under:
Punca Sebenar Alyah Dan Ramli MS Tidak Bertegur Sapa Akhirnya Terbongkar???
Posted By:
Unknown
on 4:09 AM
Susulan pergaduhan pasangan suami isteri, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah berpunca daripada sekeping gambar lama yang dimuat naik di laman sosial Instagram, Ahad lalu, mereka berada dalam situasi kurang menyenangkan.
Memang tidak faham apabila pergeseran di antara Ramli dan Alyah berpanjangan memandangkan sebagai suami isteri, selalunya apa juga masalah timbul, jalan penyelesaian akan diambil secepat mungkin dengan tujuan memulihkan hubungan.
Sepanjang sesi latihan Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29), ruangan gossip Cik pang risik-risik juga dengan rakan produksi bagaimana keadaan suami isteri itu. Jelas mereka, Alyah dan Ramli tidak bercakap antara satu sama lain.
Kalau tidak bercakap, bagaimana mereka hendak bekerjasama? Kata teman produksi AJL29, segala urusan berjalan lancar dan masing-masing hanya menumpukan perhatian pada kerja mereka.
Tanpa bercakap antara satu sama lain, Ramli memimpin pemuzik untuk lagu Sesal Separuh Nyawa manakala Alyah menyanyi saja.
Mungkin juga masing-masing masih terkesan dengan banyak perkara berlaku apabila isu sekeping gambar lama berbangkit sehingga Alyah hilang pertimbangan dan melanggar kereta suaminya.
Menurut kenyataan diberi, kejadian Alyah langgar kereta Ramli baru berlaku Rabu lalu, tetapi ada sumber terdekat kepada pengarah muzik itu mengatakan ia berlaku pada malam Ahad lalu apabila isu gambar dimuat naik Alyah menjadi panas.
Menurut akhbar,Cik Pang sendiri tidak berani hendak berkata banyak membabitkan hal yang terjadi antara pasangan suami isteri kerana sebenarnya hanya mereka berdua tahu dan boleh menyelesaikannya.
Apapun, didoakan apa saja masalah dihadapi akan berakhir dengan baik, dan cinta juga ikatan perkahwinan mereka akan terus kukuh
Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment