Sunday, January 18, 2015

Filled Under:

Air Mata Nelofa Mengalir Saat Bantu Mangsa Banjir Di Kuala Krai (4 GAMBAR)


AIR matanya bergenang saat menjejakkan kaki ke Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini. Kesedihan memuncak apabila melihat sendiri kemusnahan akibat banjir besar yang melanda negeri kelahirannya.

Bagi Neelofa Mohd Noor, itu menjadi pengalaman paling getir yang pernah dilalui sepanjang hidupnya. Tidak pernah menyangka banjir besar yang berlaku merubah daerah tersebut sekelip mata, dia mengerti luka pedih yang ditanggung oleh penduduknya.

Atas rasa kemanusiaan, Neelofa tidak betah duduk diam. Dia perlu melakukan sesuatu, lebih-lebih lagi kebanyakan mangsa bencana tersebut memerlukan sokongan moral daripada semua pihak.

Kehadiran Neelofa ke situ tidak sendirian. Dia bersama-sama rakan artis lain termasuk Nabil Ahmad dan Aril Pilus pada 10 Januari lalu.


“Memang selama ini saya hanya melihat kemusnahan yang berlaku di media sosial dan surat khabar sahaja. Tak sangka pula sebenarnya keadaan lebih teruk daripada itu.

“Bila sampai di sana saya jadi sebak. Bukan apa, yang saya lihat selama ini hanyalah sebahagian sahaja kemusnahan tersebut. Tapi keadaan sebenar jauh lebih dahsyat dan membuatkan saya sedih mengenangkan nasib mereka.

“Ada rumah yang dihanyutkan air dan tak kurang juga yang ditenggelami air beberapa hari. Sudah pasti mereka terpaksa memulakan semula hidup baharu memandangkan segala-galanya telah musnah,” ungkapnya sedih.


Kehadiran Neelofa ke sana adalah kerjasama antara rancangan MeleTOP, Nealofar Hijab dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa banjir.

Walaupun cuma sehari sahaja, situasi berkenaan masih berbekas di hatinya memandangkan banyak perkara yang harus difikirkan untuk membantu mereka.





Home » Dunia Artis » Gosip Artis » Hiburan » Neelofa » Semasa » Neelofa Menangis Saat Membantu Mangsa Banjir Di Kuala Krai
DUNIA ARTIS GOSIP ARTIS HIBURAN NEELOFA SEMASA 19 JANUARY 2015
Neelofa Menangis Saat Membantu Mangsa Banjir Di Kuala Krai

SHARE:  


AIR matanya bergenang saat menjejakkan kaki ke Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini. Kesedihan memuncak apabila melihat sendiri kemusnahan akibat banjir besar yang melanda negeri kelahirannya.

Bagi Neelofa Mohd Noor, itu menjadi pengalaman paling getir yang pernah dilalui sepanjang hidupnya. Tidak pernah menyangka banjir besar yang berlaku merubah daerah tersebut sekelip mata, dia mengerti luka pedih yang ditanggung oleh penduduknya.

Atas rasa kemanusiaan, Neelofa tidak betah duduk diam. Dia perlu melakukan sesuatu, lebih-lebih lagi kebanyakan mangsa bencana tersebut memerlukan sokongan moral daripada semua pihak.

Kehadiran Neelofa ke situ tidak sendirian. Dia bersama-sama rakan artis lain termasuk Nabil Ahmad dan Aril Pilus pada 10 Januari lalu.



“Memang selama ini saya hanya melihat kemusnahan yang berlaku di media sosial dan surat khabar sahaja. Tak sangka pula sebenarnya keadaan lebih teruk daripada itu.

“Bila sampai di sana saya jadi sebak. Bukan apa, yang saya lihat selama ini hanyalah sebahagian sahaja kemusnahan tersebut. Tapi keadaan sebenar jauh lebih dahsyat dan membuatkan saya sedih mengenangkan nasib mereka.

“Ada rumah yang dihanyutkan air dan tak kurang juga yang ditenggelami air beberapa hari. Sudah pasti mereka terpaksa memulakan semula hidup baharu memandangkan segala-galanya telah musnah,” ungkapnya sedih.



Kehadiran Neelofa ke sana adalah kerjasama antara rancangan MeleTOP, Nealofar Hijab dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa banjir.

Walaupun cuma sehari sahaja, situasi berkenaan masih berbekas di hatinya memandangkan banyak perkara yang harus difikirkan untuk membantu mereka.

“Saya terfikir macam mana mereka nak memulakan kehidupan baharu. Ada rumah yang musnah dan langsung tak boleh digunakan dan mereka terpaksa membina khemah di kawasan lain.

“Bila malam mereka terpaksa menggunakan lilin dan tandas pula hanyalah sungai. Ini memang pengalaman yang cukup menginsafkan saya.

“Apabila kita beri bantuan bahan makanan, mereka tidak boleh memasak kerana dapur sudah dihanyutkan arus. Sebab itu saya fikir sumbangan wang ringgit lebih penting buat masa ini.

“Setidak-tidaknya mereka boleh menggunakan wang itu untuk membeli keperluan asas dan membina kembali kediaman yang telah musnah,” jelasnya lagi.

sumber




0 comments:

Post a Comment